Shop for unique Halal products at your convenience!
Menu

Kasturi Emas Gold Edition

$10.00

APA ITU KASTURI?

Musk atau kasturi adalah nama asal yang diberikan kepada sejenis bahan yang mempunyai bauan yang harum yang boleh didapati daripada kerandut kijang jantan. Mengikut rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat Al-Aliyaa, "Sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi, baginda telah diziarahi oleh seekor kijang jantan, lalu Nabi Adam A.S telah menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga, dengan izin Allah SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi. Pada hari ini, keturunan kijang tersebut telah menghasilkan wangian kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil bintil kasturi. Bahan ini amat popular digunakan untuk membuat perfume atau sekadar bahan tambahan untuk menjadikan sesuatu bahan lain menjadi harum. Ia telah digunakan secara meluas sejak berkurun lalu dan telah dikenalpasti sebagai bahan hasilan haiwan yang termahal didunia.

Sewaktu zaman pemerintahan khalifah di zaman Bani Abbasiah, khalifah menggunakan haruman kasturi sebagai sesuatu yang berharga dan istimewa. Kajian mengenai idea menggunakan kasturi sebagai bahan asas dalam penghasilan minyak wangi dikatakan bermula oleh seorang ilmuan daripada Parsi iaitu, Abu Yusuf Ya'quq ibn Ishaq Al Kindi atau lebih dikenali di seluruh dunia sebagai Al-Kindi. Beliau merupakan antara tokoh-tokoh falsafah Islam terbilang yang telah mengkaji dan menggunakan kasturi didalam kajiannya mengenai kimia dan haruman.Beliau telah menghasilkan sebuah kitab mengenai haruman yang diberi nama Kitab Kimiya al'Itr (Book Of the Chemistry of the Perfume).

Kini kami sediakan anda dengan Wangian Kasturi Emas dalam bentuk mini pack seberat 3ml atau 4 ml. Atau anda boleh terus membeli 50ml botol untuk lebih jimat. Harum kekal sepanjang hari.

You also Viewed

Join our Mailing List

Sign up to receive updates on new products.

Sale

Unavailable

Sold Out