Shop for unique Halal products at your convenience!
Menu

Kasturi Emas - Luxury Blackout Series

$38.00 $42.00

BLACKOUT adalah jenama utama Parfume Naturel Keluaran khas KASTURI EMAS.

PARFUME NATUREL antara Level wangian yang tertinggi didalam industri pembuatan minyak wangi.

EKSTRAK khas bahan-bahan dari sumber Alam, dan TANPA CAMPURAN Kimia merbahaya seperti Petrokimia, Phthalates dan Synthetic Musk, yang boleh memudaratkan tubuh serta penyebab utama KANSER.

Antara bahan yang digunakan sandalwood, tonkabin, gaharu, patchuli, ylang, citrus, lemon dan sebagainya, gabungan material-material tadi mengahasilkan campuran untuk membuat wangian yang sangat special baunya.

Dari pengumpulan bahan tersebut akan terhasil compounds tertentu mengikut bau yang akan dihasilkan

4 bahan utama yang dicampur bersama:

MADU- sumber utama yang terbaik untuk kulit seperti anti penuaan,melembabkan dan khasiat collagen,
GAHARU- Peraman GAHARU digunakan bagi menggantikan ALKOHOL SINTETIK,
KASTURI- campuran pati kasturi bagi menaikkan aroma serta nilai wangian,
BUAH-BUAHAN- memberi KHASIAT vitamin A , C dan E yang sangat baik untuk pernafasan dan kulit badan dari bayi hingga dewasa,
Dan wangian Parfume Naturel ialah wangian hidup dan proses peraman berterusan sehingga berpuluh tahun jika dijaga dengan betul. TANPA EXPIRY DATE.

Blackout 96

Pilihan hebat buat jejaka yang sukakan haruman paling lembut tetapi Eksklusive, Haruman Honey Apple menjadikan harumannya menawan serta diawang-awangan, diikuti bersama haruman lavender dan vanilla.

Blackout 529

Sesuai buat Jejaka yang sukakan aktiviti outdoor, lasak dan bersukan.

Memberi identiti hebat walau anda berpeluh.

Haruman utama daripada campuran Citrus dan lemon, diikuti dengan campuran Lavender serta mint dan Ylang Ylang menjadikan baunya mampu menutup bau peluh dan diikuti haruman ketiga yang akan membantu menstabilkan bau badan anda.

Blackout Mahogany

Bauan yang unik daripada kayu terpilih yang sangat sinonim dengan golongan bangsawan,

Haruman yang membawa identiti Paling kuat dan garang. Namun disebalik garang nya ada satu daya penarik yang cukup menawan .

Diesktrak khas dari Sandal wood yang memberikan ilusi pertama tentang haruman kayu yang mempunyai nilai yang tinggi. Dan anda akan dapat menikmati bersama Haruman Rose dan Buah-buahan terpilih pada note ketiga.

**Kayu yang dilipih adalah mengikut tempoh matang, Kayu yang paling matang adalah berusia 60 tahun**

 

BLACKOUT MORSIE

Wangian untuk si jejaka sinonim untuk nampak segak, tegas serta berkarisma

Haruman yang Garang namun Fresh buat jejaka yang bersifat tegas dan sebagai lambang kegagahan.

Ekstrak khas haruman daripada Citrus, dan diikuti bersama haruman terbaik daripada campuran Lavender, Mint dan Ylang Ylang.

Note ketiga disusuli bersama haruman yang lebih unik, yang perlu anda rasai sendiri.

 

BLACKOUT EXTINCTION

Secara keseluruhannya, Harumannya yang bermula dengan ransangan olfaktori yang menyegarkan mata, lalu disambung pada bahagian kedua harumannya, yang membentuk haruman misteri yang menggetarkan hati, lalu ditutup pada fasa ke tiga harumannya, dengan kehadiran sebuah haruman klasik dan lagenda.

Segalanya melambangkan sebuah hutan kini yang kian pupus yang rakus diratah mereka yang pentingkan keuntungan, salah guna kuasa, rasuah dan kezaliman. Ya ianya adalah haruman, melambangkan kedamaian, kesunyian, pasif, yang penuh misteri.

Ianya adalah BLACKOUT EXTINCTION.

You also Viewed

Join our Mailing List

Sign up to receive updates on new products.

Sale

Unavailable

Sold Out